Laporan Bersih 3.0 Boleh Jadi Garis Panduan Baiki Akta Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan sebuah panel penasihat bebas yang dilantik kerajaan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 boleh dijadikan garis panduan untuk memperbaiki Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata panel itu profesional dalam menjalankan siasatan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amat berpuas hati dengan laporan panel yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau perlu menyerahkan laporan itu kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada ia boleh dijadikan dokumen awam.

"Oleh itu, KDN akan berbincang dengan pihak polis untuk menentukan lokasi sebenar yang digazetkan untuk mengadakan perhimpunan, dan bukannnya di sebarang tempat," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang, Khamis.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada laporan itu akan didedahkan kepada orang ramai.

Pada Rabu, Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0 menyerahkan laporan akhir panel itu kepada Ahmad Zahid. Laporan setebal 500 halaman itu mengandungi beberapa nasihat serta cadangan kepada kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat.

Panel penasihat bebas itu dibentuk 30 Mei tahun lalu bagi menyiasat dakwaan keganasan polis pada 28 April lalu.

Panel itu mendengar keterangan 45 saksi dan meneliti lebih 72 jam rakaman video dari sumber polis, internet dan saksi.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kajian mendapati 90 peratus daripada kes jenayah berat, terancang dan berkumpulan dilakukan oleh bekas banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam.

Katanya, beliau akan membentangkan statistik dan kajian lengkap di Dewan Rakyat pada sesi September ini bagi membuktikan Ordinan Darurat masih diperlukan di negara ini.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa kenyataan beliau semalam menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai tidak logik, Ahmad Zahid berkata:

"Saya tidak menghina sesiapa tetapi saya telah menyatakan beberapa kali di Dewan Rakyat bahawa terdapat beberapa klausa di Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertindih, dengan kuasa ada pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain."

Justeru, beliau berkata dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low dan Nancy Shukri akan memperkukuhkan bahagian penguatkuasaan agar mekanisme ini akan berlaku adil kepada pihak polis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan