Kad UNCHR Ditambah Baik, Mampu Kesan Lokasi Pelarian - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) untuk menambah baik kad UNCHR bagi pelarian di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad baharu itu akan dilengkapi peranti keselamatan dan teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID) bagi mengesan lokasi pelarian melalui transmisi satelit.

Kad pengenalan diri pelarian itu juga akan dilengkapi fungsi kad debit untuk kemudahan pemegangnya dan kos penambahbaikan berkenaan adalah minimum serta ditanggung oleh pelarian terbabit, katanya.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak UNHCR, dan kini menunggu persetujuan dari UNHCR tentang aspek peranti keselamatan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang, Khamis.

Ahmad Zahid berkata terdapat 104,070 orang pelarian yang memegang kad UNHCR secara sah di Malaysia, manakala lebih 50,000 lagi tidak mempunyai kad.

Mengenai lawatannya itu, Ahmad Zahid berkata ramai warga asing bekerja di pasar borong berkenaan termasuk orang pelarian yang tidak mempunyai kada UNHCR dan mereka berlakon bisu apabila diminta menunjukkan dokumen diri oleh pihak berkuasa.

"Untuk satu minggu ini, pihak imigresen akan memantau mereka. Selepas seminggu, kementerian akan bekerjasama dengan UNHCR untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik," katanya.

Mengenai warga Myanmar yang berniaga di pasar borong itu, Ahmad Zahid berkata Kedutaan Myanmar telah bersetuju untuk membiayai kos menghantar pulang 140,000 pekerja tanpa izin dari negara berkenaan dalam masa terdekat.

"Namun, pekerja yang dihantar pulang itu boleh memohon semula untuk bekerja di Malaysia dengan dokumen rasmi. Semua permohonan itu akan diproses sebagai pekerja asing oleh Jabatan Imigresen," katanya.

Sejak 1 Ogos 2011 hingga 8 Julai 2013, sebanyak 25,535 pendatang tanpa izin Myanmar telah dihantar pulang.

Selain itu katanya, terdapat keperluan mendesak kepada guna tenaga kerja asing di pasar terbabit dan pihaknya akan berbincang dengan UNHCR dan Jabatan Imigresen bagi mempertimbangkan kemungkinan membenarkan pelarian yang sah bekerja.

Pemangku Perwakilan UNHCR Michele Manca di Nissa ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid itu berkata mereka menyambut baik rancangan berkenaan.

"Kami berterima kasih atas kemurahan hati kerajaan Malaysia untuk membenarkan orang pelarian tinggal dan bekerja di sini. Langkah ini juga akan menghentikan kritikan kepada kerajaan. Ini adalah langkah kemanusiaan yang sangat dialu-alukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan