Gempa Bumi Lemah Landa Sumatera Utara, Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara di Indonesia pada 3.16 petang Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di 35km barat laut dari Padang Sidempuan, Indonesia dan 284km barat daya dari Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Sementara itu, Editor Bernama TV D. Arul Rajoo berkata gegaran itu turut dirasainya ketika berada di tingkat tiga bangunan Wisma Bernama di sini kira-kira 3.20 petang.

"Saya rasa gegaran itu berlaku kira-kira lima saat dan ia berlaku dengan pantas dan rakan yang berada berdekatan saya turut merasai gegaran itu," katanya.

Sementara itu wartawan penyiaran Bernama TV Johari Abdul Rahman turut merasai gegaran itu.

"Ketika itu, saya sedang bekerja...saya nampak kerusi di sebelah bergoyang serta air dalam botol di atas meja saya berkocak," katanya.

Seorang lagi wartawan penyiaran saluran berita itu, Mazizul Dani berkata lapan petugas turut merasai gegaran itu.

"Kami rasa terkejut melihat barang-barang di atas meja bergegar dan terus saling berpandangan. Gegaran itu hanya berlaku sekali," katanya.

Di SHAH ALAM, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima dua aduan gegaran di negeri itu.

Beliau berkata bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia Selangor menerima aduan kira-kira 3.30 petang Khamis, memaklumkan berlaku gegaran di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di sini dan bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Petaling Jaya.

"Bagaimanapun tiada sebarang kerosakan dikesan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan