DAP Gesa Lima Kerajaan Negeri Segera Pinda Enakmen Pentabiran Agama Islam

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP menggesa lima kerajaan negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam, yang membenarkan isu status agama anak ditentukan dengan mendapat kebenaran salah seorang, ibu atau bapa sahaja untuk memeluk agama Islam.

Penolong Bendahari Nasional DAP, Nga Kor Ming berkata pindaan tersebut perlu dilakukan segera pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing demi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita gesa lima kerajaan negeri (Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan (Sarawak) ambil tindakan sewajarnya untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam ini segera demi kepentingan awam.

“Kita tidak boleh ada dua sistem undang-undang yang berbeza apabila Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang berkenaan. Ini akan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Lobi Parlimen, Khamis.

Justeru itu, beliau meminta Peguam Negara menasihatkan kerajaan negeri yang terlibat agar meminda Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam agar selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, enam kerajaan negeri iaitu Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan Johor telah menyatakan seorang anak hanya boleh memeluk agama Islam selepas mendapat kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa.

"Kita tahu Islam adalah agama yang adil. Sebab kita tidak mahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam isu ini,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.

Rang Undang-Undang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin dilaporkan berkata, isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusan untuk menarik balik Rang Undang-Undang itu juga dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang tersebut secara holistik.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga).

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan 'parent' sebagai mufrad.

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashin.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan