Cuaca Diramal Baik Pada Penamaan Calon PRK Kuala Besut Jumaat - Meteorologi

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Cuaca dijangka cerah dan baik pada sebelah pagi pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Jumaat.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia Che Gayah Ismail berkata, ribut petir diramalkan melanda kawasan Kuala Besut pada sebelah petang dan malam.

"Aktiviti ribut petir pada sebelah petang kita mungkin boleh nampak bermula dari sekitar 1 tengah hari," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Jumaat sebagai hari penamaan calon PRK DUN Kuala Besut yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja di sini, manakala 24 Julai sebagai hari pengundian.

Barisan Nasional (BN) mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai calon menggalas cabaran mengekalkan penguasaan BN manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, seorang kontraktor sebagai calon parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan