Tiket Bas Ekspres Laris Seperti 'Pisang Goreng Panas'

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Menjelang Hari Raya, tiket bas ekspres rancak dijual, walaupun dengan surcaj 10 peratus yang dikenakan di sepanjang tempoh perayaan.

Tinjauan 'The Star' di kaunter bas ekspres Terminal Bas Larkin di sini mendapati banyak tiket telah dijual.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenakan surcaj 10 peratus pada 18 Jun lalu selepas pengendali bas ekspres menyatakan keengganan mereka untuk menjual tiket lebih awal jika mereka tidak boleh menaikkan tambang.

Pengendali Qisma Express, B.Thinagar berkata kebanyakan tiket bas ke destinasi utara telah dijual dengan pantas.

"Kira-kira 30 peratus tiket kami ke Pulau Pinang dan Kedah tiket telah dibeli, terutama dalam tempoh Hari Raya.

"Dalam tempoh beberapa hari akan datang, saya menjangkakan tiket ke utara dan negeri-negeri bahagian tengah akan habis dijual," katanya, sambil menambah tiket ke Lembah Klang masih ada.

Wakil jualan tiket StarMart Ekspress Sdn Bhd M. Rajendran berkata ramai pelanggan pada mulanya terkejut dengan kadar tambang baru.

"Peningkatan ini hanyalah 10 peratus atau tambahan RM3 dari harga sebelumnya jadi penumpang masih mampu," katanya.

Sementara itu, seorang ejen tiket Transnasional Johor Baru, yang mahu dikenali sebagai Ismail berkata tiket untuk Kelantan dan Terengganu telah habis dijual sepanjang tempoh Ramadan.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu arahan dari ibu pejabat kami untuk menjual tiket tambahan Hari Raya dalam beberapa minggu akan datang," katanya.

Sementara itu, tiket kereta api dari Johor Bahru-Singapura ke Tumpat dan Johor Bahru-Singapura ke Padang Besar telah habis dijual pada 2 Julai.

Pengurus Kanan Pemasaran KTM Bhd Mohd Noordin Kimi berkata, dengan kenaikan tiket bas ekspres, lebih ramai orang dijangka menggunakan kereta api untuk perjalanan balik kampung.

"Tidak akan ada kenaikan harga untuk tiket kami dan pemegang konsesi masih akan menikmati faedah mereka semasa musim perayaan," katanya.

Mohd Noordin berkata dari 2 hingga 7 Ogos, KTM akan menambah dua lagi gerabak untuk kereta api 10 gerabak ke Tumpat dan Padang Besar.

"Gerabak tambahan hanya akan disediakan berdasarkan permintaan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan