SPR: Penamaan Calon Boleh Selesai Selewat-Lewatnya 11 Pagi - Berita Semasa | mStar

SPR: Penamaan Calon Boleh Selesai Selewat-Lewatnya 11 Pagi

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Jumaat ini, akan selesai selewat-lewatnya pukul 11 pagi.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses penyerahan kertas penamaan calon akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi di Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja Besut di sini.

"Kalau semuanya berjalan lancar, nama-nama calon dijangka diisytharkan menjelang pukul 10.30 pagi atau paling lewat 11 pagi," katanya.

SPR menetapkan Jumaat ini hari penamaan calon manakala 24 Julai ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

BN mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, sebagai calonnya manakala PAS menamakan Bendahari PAS Besut, Endut @ Azlan Yusof yang juga seorang ahli perniagaan untuk bertanding pada PRK yang akan diadakan pada 24 Julai ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan