Polis Jangka PRK Kuala Besut Bersih

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis tidak menjangkakan akan berlaku insiden kucar-kacir sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pasukan keselamatan itu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sepanjang 13 hari tempoh berkempen bermula Jumaat ini.

"Memandangkan sekarang ini bulan Ramadan, kita tak jangka akan ada insiden kucar-kacir.

"Bagaimanapun kita tetap mengambil kira kepada faktor bahawa pilihan raya ini akan menjadi sengit. Oleh itu kita sudah bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau sebelum itu hadir mendengar taklimat berhubung persediaan polis menghadapi PRK Kuala Besut yang akan diadakan 24 Julai ini.

Mengulas lanjut Khalid berkata, polis menempatkan jumlah anggota yang mencukupi bagi memastikan keselamatan masyarakat dan pengundi pada hari pengundian terjamin.

"Pengundi baru sahaja lalui proses pilihan raya pada Mei lalu, jadi saya yakin mereka faham.

"Saya seru supaya mereka tidak takut untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing tanpa rasa takut," katanya.

Selain itu Khalid turut menasihatkan agar parti politik memohon permit ceramah daripada pihak polis bagi mengelakkan pertembungan dua pihak di satu lokasi yang sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan