Peruncit Mula Turunkan Harga Barang Bantu Rakyat Berbelanja

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peruncit-peruncit utama telah mula meletakkan diskaun terhadap barang-barang keperluan untuk membantu rakyat Malaysia berbelanja.

Tawaran dibuat pada masa yang sama ketika negara meraikan Jualan Mega Malaysia dan umat Islam menyambut bulan suci Ramadan.

Sebagai sebahagian daripada Kempen Potongan Harga, AEON Co (M) Bhd mempunyai lebih daripada 100 barangan runcit dan barangan segar yang dijual dengan diskaun di antara lima hingga 15 peratus di semua 30 cawangannya di seluruh negara mulai sekarang hingga 18 Ogos ini.

Produk tersebut termasuklah beras, minyak masak, kuih-muih tradisional, tepung, minuman kordial, serbuk kari, ayam, cili, ikan dan telur.

"Kami juga menjalankan beberapa acara promosi sempena kempen ini," kata Pengerusi AEON, Datuk Abdullah Mohd Yusof.

Ia termasuklah telur rendah kolesterol yang diberikan percuma untuk setiap pembelian RM100 di pasar raya itu antara 11 dan 14 Julai, dan rebat tunai lima peratus dengan setiap RM500 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit AEON dari 12 Julai hingga 11 Ogos.

Pengurus Besar Pemasaran Giant, Norine Erica Majaman berkata, rangkaian pasar raya besar itu akan menawarkan diskaun sehingga 60 peratus pada bulan Ramadan.

Promosi ini bermula pada 20 Jun dan akan berakhir pada 31 Ogos.

"Kami akan menawarkan sehingga 400 produk berbeza pada setiap minggu, termasuk barangan keperluan seperti produk baharu dalam pasaran," katanya.

Norine berkata umat Islam juga akan dapat menikmati tawaran pelbagai produk berkaitan Ramadan, termasuk makanan seperti kurma, bungkusan hadiah dan baju Melayu.

IPC Shopping Centre di Mutiara Damansara memberi baucar tunai RM10 kepada pengguna yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam maksimum dua resit pada hari yang sama.

Baucar boleh digunakan di mana-mana 35 kedai yang mengambil bahagian. Promosi ini berlangsung dari sekarang sehingga 1 September.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan