Najib Tiba Di Tanah Air Selepas Lawatan Kerja Ke Tanzania & London

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di tanah air pada Rabu selepas menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salaam, Tanzania dan lawatan kerja empat hari ke United Kingdom.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira 5.50 petang.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan komponen Barisan Nasional (BN).

Pada 28 Jun, Najib bersama 100 delegasi Malaysia berlepas ke Tanzania bagi menghadiri Dialog Perkongsian Pintar bertema 'Memanfaatkan Teknologi bagi Transformasi Sosioekonomi Afrika' yang menunjukkan komitmen Malaysia menangani isu antarabangsa terutamanya isu penting kepada benua Afrika.

Kehadiran Najib ternyata membantu mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Afrika, selain meningkatkan hubungan dua hala dengan Tanzania.

Dialog Perkongsian Bestari Global dilancarkan pada 1995 semasa Malaysia menjadi hos Dialog Antarabangsa Langkawi(LID).

Dalam dialog tersebut, Najib antara lain berkongsi inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia serta pelbagai usaha untuk memacu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Di luar dialog itu, Najib turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse, Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal, Presiden Uganda, Yoweri Museveni dan Presiden Tanzania, Jakaya Mrisho Kikwete.

Dialog itu merupakan platform untuk perkongsian pintar termasuk ketua kerajaan, peneraju perniagaan, ahli sains, ahli akademik dan ketua pelajar untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan bagaimana STI boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.

Selepas menghadiri dialog tersebut, Najib berlepas ke London untuk melakukan lawatan kerja empat hari bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Ketika di London, Najib telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan David Cameron untuk bertukar pendapat tentang perkara dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama Malaysia dan UK.

Najib turut merasmikan upacara pecah tanah projek Stesen Janakuasa Battersea berharga lapan bilion pound (RM38 bilion) bersama Cameron.

Projek terbesar Malaysia di UK itu dimajukan Battersea Project Holding Company Ltd, sebuah syarikat usaha sama milik konsortium Malaysia yang dianggotai SP Setia, Sime Darby dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, Najib juga menghadiri taklimat media mengenai Forum Ekonomi Islam (WIEF) Ke-9 yang akan diadakan dari 29 hingga 31 Julai, WIEF pertama diadakan bukan di negara Islam.

Perdana Menteri juga merasmikan IM4U Outreach Centre, suatu inisiatif berterusan kerajaan untuk mendampingi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan menjalin hubungan dengan generasi muda. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan