Kawalan Keluar Masuk Kelantan-Thailand Diperketat

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan penguatkuasaan dan kawalan masuk di sempadan/pintu masuk utama Kelantan-Thailand berikutan peningkatan kes jenayah berat termasuk bunuh dengan senjata api di negeri itu akhir-akhir ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini termasuk penglibatan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bertujuan mengawal kegiatan penyeludupan senjata api dari negara jiran.

"Kita akui ada kelonggaran dalam kawalan keluar masuk (di sempadan) Thailand dan Kelantan dalam kalangan penduduk kerana mereka mempunyai pertalian darah dan sebagainya.

"Namun dengan peningkatan mendadak kes di Kelantan, maka kita akan melakukan tindakan drastik termasuk menambah aset-aset pencegahan di kawasan sempadan," katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Annuar ingin tahu tindakan kerajaan berhubung apa yang dilihat sebagai peningkatan jenayah berat di Kelantan termasuk kes bunuh dengan senjata api dengan merujuk kepada Hashim Mat Zin, 43, guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di Bachok yang ditembak mati sebaik keluar dari sekolahnya pada Isnin.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan KDN dalam membanteras jenayah di negeri itu.

Menjawab soalan asal Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengenai tindakan serta perancangan polis untuk mencegah jenayah, menteri itu menarik perhatian tentang penubuhan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah baru-baru ini.

Beliau berkata pelbagai operasi khas turut dilakukan untuk menangani jenayah jalanan seperti kes ragut dan samun jalanan serta curi kenderaan.

"Polis Diraja Malaysia juga telah mewujudkan Unit Risikan Bersepadu sebagai pusat pengumpulan dan risikan jenayah," katanya sambil menjelaskan ia bertujuan mengesan dan menangkap penjenayah selain merancang tindakan pencegahan lebih efektif. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan