Jawatan Tertinggi Umno Perlu Dikekalkan Kepada PM, TPM - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Dua jawatan tertinggi Umno perlu dikekalkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan agenda transformasi kerajaan dilaksanakan dan tercapai pada 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata pada pandangannya, sekiranya kedua-dua jawatan tersebut dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Umno dijadual Oktober ini, ia akan merugikan parti dan rakyat.

"Perlu kekalkan kedua-dua jawatan terpenting (presiden dan timbalan presiden Umno) itu bagi memastikan agenda transformasi tercapai.

"Saya harap tak ada pertandingan jawatan kedua-dua barisan kepimpinan terpenting itu bagi merancakkan lagi perjalanan parti pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat dan perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jerai di sini, Selasa.

Sementara itu, Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding sebarang jawatan dalam Umno Bahagian Jerai.

"Saya tak putuskan untuk bertanding. Sekarang kita mahu fokus kepada pilihan raya kecil Kuala Besut, Terengganu dahulu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan