Askar Berusia 24 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah - Berita Semasa | mStar

Askar Berusia 24 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang askar berusia 24 tahun ditemui mati bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin WahDatuk Ku Chin Wah mengesahkan lelaki itu menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.

"Kami masih menyiasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini.

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Menurut kenyataan, askar itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini.

Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan