Sudut Sidang Media Lobi Parlimen Hanya Untuk MP - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan sudut sidang media di lobi Parlimen hanya untuk kegunaan anggota parlimen, bukan orang awam.

Beliau berkata, anggota parlimen dari semua parti telah bersetuju dan mengetahui dari awal kegunaan sudut itu hanya dikhaskan bagi sidang media anggota parlimen.

"Tidak kiralah apa-apa sidang media sekalipun, jika melibatkan orang awam, saya minta ia dilakukan di khemah pelawat yang telah disediakan di luar bangunan parlimen.

"Khemah tersebut kita sediakan cukup selesa dan mampu menampung kira-kira 200 orang," katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen pada Selasa.

Shahidan merupakan menteri yang bertanggungjawab untuk sebarang hal ehwal berkaitan Parlimen.

Beliau berkata demikian apabila pembangkang pada Selasa didapati membawa orang awam masuk untuk menyertai sidang media mereka di sudut yang disediakan tersebut.

Menurut Shahidan, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan seperti biasa sepanjang Ramadan namun juadah berbuka dan moreh akan disediakan malah anggota parlimen, pemberita dan tetamu boleh menunaikan solat tarawih di surau bangunan Parlimen.

"Persidangan akan tamat pada 7.30 malam bagi memberi laluan kepada solat Maghrib, Isyak diikuti solat tarawih tetapi jika sesi perbahasan memerlukan masa yang panjang, ia mungkin akan habis lewat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan