SPRM: Agihan Tapak Bazar Ramadan DBKL Telus

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengagihan tapak bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun ini adalah telus, adil dan tiada unsur penyelewengan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Datuk Mohd Yusof Akope berkata, pengagihan kesemua 2,155 lot tapak bazar Ramadan DBKL berjalan lancar dari 28 sehingga 31 Mei lepas.

"SPRM turut hadir memantau proses itu dan sehingga kini SPRM belum menerima sebarang aduan ketidakpuasan hati mengenai pengagihan tapak bazar Ramadan. Ini merupakan satu kejayaan besar," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata, tahun ini DBKL melakukan penambahbaikan proses pengagihan tapak bazar Ramadan termasuk pemansuhan kuota khas menteri, persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta semua tapak diagihkan dengan cabutan undi tapak.

Katanya, DBKL turut mensyaratkan agar hanya peniaga yang mempunyai lesen perniagaan, dibenarkan untuk memohon mendapatkan tapak bazar.

Mohd Yusof berkata, SPRM akan terus memantau isu pengagihan tapak bazar Ramadan dan perbincangan berterusan akan dibuat dengan DBKL agar tiada penyelewengan berlaku.

Sebelum ini, SPRM sering menerima aduan daripada peniaga antaranya tapak telah disewa atau dijual kepada pihak ketiga dan berlaku rasuah dalam penentuan lokasi tapak.

Mohd Yusof juga mengalu-alukan inisiatif DBKL mewajibkan semua peniaga yang berjaya mendapat tapak bazar Ramadan untuk menandatangani 'Aku Janji Integriti Bazar Ramadan 2013' agar tidak terlibat dalam rasuah.

"Ini merupakan usaha untuk memantapkan integriti dalam kalangan peniaga. Menerusi aku janji ini, semua peniaga terikat agar tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan