Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat Meskipun Terdapat Insiden Terpencil

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan terhadap tiga pelajar negara ini di Kaherah, Ahad lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, insiden itu merupakan kes terpencil yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan demonstrasi dan kekacauan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sudah menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar terlibat serta menasihati mereka agar tidak mendekati kawasan konflik atau menyertai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan politik semasa di Mesir.

"Rakyat Malaysia turut diingatkan agar mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kedutaan Besar Malaysia serta pihak berkuasa tempatan dan pelajar yang telah menamatkan peperiksaaan akhir mereka, digalakkan untuk segera pulang ke negara ini.

"Wisma Putra akan terus memantau perkembangan terkini secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin," katanya.

Krisis politik di negara Arab itu bertambah buruk apabila tentera mengguling Presiden Mohammed Morsi dengan kekacauan terbaru yang menyaksikan sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan