PAS Dan NGO Berhimpun, Hantar Memorandum Bantah Kekerasan Di Mesir

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak sambil membawa sepanduk dan gambar Presiden Mesir, Mohamed Morsi sebagai tanda sokongan terhadap beliau dan membantah tindakan tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mesir itu di hadapan Kedutaan Mesir di jalan Ampang Hilir di Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA
Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak sambil membawa sepanduk dan gambar Presiden Mesir, Mohamed Morsi sebagai tanda sokongan terhadap beliau dan membantah tindakan tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mesir itu di hadapan Kedutaan Mesir di jalan Ampang Hilir di Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: PAS dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Gabungan Organisasi Prihatin Malaysia pada Selasa menghantar memorandum menyatakan bantahan dan mengutuk sekeras-kerasnya penggulingan Presiden serta kekerasan yang berlaku di Mesir.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Dr parid Sheikh Ahmad berkata bantahan dibuat setelah melihat perkembangan di negara itu yang amat membimbangkan dan jelas menghancurkan sistem demokrasi dengan kejatuhan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik.

"Gabungan Organisasi Prihatin Malaysia mengutuk kudeta yang telah menghancurkan demokrasi di Mesir.

"Kita ingin menyatakan kebimbangan yang tinggi terhadap perkembangan di sana pada masa ini," katanya ketika berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan Mesir, di sini, Selasa.

Selain wakil dari Ikram, perhimpunan ini turut disertai beberapa pertubuhan lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Aqsa Syarif dan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema).

Turut kelihatan beberapa ahli politik termasuklah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Dr Syed Azman.

Peserta berhimpun di bangunan Ampang Point, Jalan Ampang, pada pukul 12 tengahari sebelum berarak secara aman ke Kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum.

Sambil melaungkan slogan, peserta himpunan juga membawa beberapa kain rentang dan poster yang tertulis ‘menyokong demokrasi’ dan ‘hentikan keganasan’.

Wakil kedutaan Mesir menerima memorandum yang diserahkan oleh Dr Parid bersama tiga wakil yang lain kepada Duta Republik Arab Mesir.

Sementara itu pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, rakyat negara itu meminta ‘kuasa besar’ menghormati demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak rakyat.

“Gerakan Islam sanggup berpegang kepada prinsip demokrasi berbanding sikap hipokrasi golongan liberal dan sekular yang kononnya ‘menjunjung’ demokrasi dan hak asasi manusia berhubung isu Mesir ini,” katanya.

Selain menuntut tentera Mesir menghentikan semua bentuk kekejaman serta-merta, memorandum turut menuntut agar Presiden yang sah dikembalikan kepada kedudukan asal.

"Kita juga menuntut pembatalan semua tindakan-tindakan berkaitan rampasan kuasa yang bertentangan dengan perlembagaan dan membebaskan semua tahanan politik yang ditahan tanpa sebab yang sah," katanya.

Jutaan rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara dan tentera menembak mereka yang enggan bersurai ekoran rampasan kuasa.

Di Kaherah, sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh menurut sumber perubatan dan Ikhwanul Muslimin mendakwa tembakan dilepas kepada penyokong Morsi dekat bangunan tentera tempat beliau ditahan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan