Menang di Kuala Besut: PAS Mahu Lihat Siapa Calon BN - Husam

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS mahu melihat siapa yang akan diturunkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum menyatakan keyakinan parti itu untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Husam Musa.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, calon BN adalah penentu kemenangan parti itu pada PRK kali ini.

"Kita masih ada peluang untuk menang. Berapa peratus, tengok siapa calon BN dulu.

"PAS berjanji rakyat Terengganu akan mendapat manfaat jika memberi kepercayaan kepada kita kali ini," katanya selepas kepada media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen pada Selasa.

Katanya, walaupun BN menang dengan majoriti besar dalam PRU-13 lalu, tetapi yakin rakyat Terengganu akan mengubah perkara tersebut.

"Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS menarik diri, kita tidak akan beri laluan mudah untuk mereka.

"PRK kali ini begitu berat. Jadi, PAS mendapat kerjasama baik daripada Pakatan Rakyat untuk sama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada kita," katanya.

Husam turut yakin dengan calon PAS yang akan diumumkan nanti dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri itu. "Kita yakin cuma keyakinan itu bergantung kepada calon BN," katanya.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian Allahyarham A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan