Laporan Muktamad Kereta Api Laju Dijangka Siap Hujung Bulan ini - Nancy Shukri

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan muktamad mengenai kajian bagi projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura dijangka disiapkan hujung bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata kajian itu merangkumi penilaian terperinci daripada aspek teknikal dan kejuruteraan, kos, kewangan dan operasi serta mengambil kira faedah ekonomi.

"Kajian itu yang telah selesai dijalankan kini berada di fasa akhir bagi penyediaan laporannya.

"Kita menjangkakan laporan muktamad pada penghujung Julai," katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Teresa meminta kerajaan memaklumkan mengenai status pembinaan kereta api itu dan sama ada projek berkenaan akan diberikan melalui tender terbuka.

Menurut Nancy, koridor yang dikenal pasti untuk projek itu akan melalui semua kawasan dan negeri antara Kuala Lumpur dan Singapura iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Berhubung pemilihan tender bagi projek itu, Nancy percaya kerajaan akan menimbang mekanisme terbaik mengikut prosedur, tata cara dan garis panduan sedia ada.

Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), beliau berkata isu kos tidak boleh didedahkan di dalam Dewan yang dianggap tidak adil kepada negara berikutan projek itu membabitkan kerjasama dengan negara jiran.

"Jika didedahkan di sini, ia akan tidak adil kepada negara kerana kita akan berkongsi dengan Singapura, itu terlalu awal untuk mengeluarkan maklumat terperinci," kata Nancy.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan