Esscom: PDRM Terima Pesawat King Air Oktober Ini

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU PDRM) akan menerima sebuah pesawat King Air yang dilengkapi peralatan radar pada Oktober ini bagi operasi pemantauan di zon selatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penambahan aset itu dilakukan berdasarkan faktor muka bumi di pantai timur Sabah yang memerlukan pemantauan dari udara.

Setakat ini PDRM mempunyai 10 helikopter, tiga buah Beechcraft King Air 350, enam buah Cessna Caravan dan lima buah Pilatus yang berpangkalan di Sabah, Sarawak, Ipoh dan Sungai Besi, katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan pemerhati udara Pasukan Gerakan Udara PDRM di sini Selasa.

Katanya PDRM juga telah membuat permohonan kepada kerajaan untuk menambah aset iaitu sebanyak empat helikopter bersaiz sederhana dan 14 bersaiz kecil bagi memantapkan tugas PDRM, sekali gus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

"Ia memudahkan PDRM untuk membawa pesakit dari lokasi yang tidak boleh menggunakan pengangkutan darat ke hospital. Sekiranya jabatan-jabatan lain memerlukan perkhidmatan pesawat, PDRM bersedia memberi kerjasama," katanya.

Selain itu, beliau berkata PDRM juga akan membuat permohonan kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk melatih pegawai sebagai juruterbang helikopter.

"Ini dapat menjimatkan kos kerajaan daripada segi perbelanjaan kerana sekiranya hantar (pegawai) ke luar negara ia akan menelan kos yang banyak," katanya.

Bagi menarik minat pegawai untuk menjadi juruterbang PDRM, beliau berkata juruterbang boleh dinaikkan pangkat daripada ASP sehingga ke Superitenden secara fleksibel selain menerima elaun khas.

"Sebanyak 85 juruterbang telah dilatih di dalam dan luar negara yang mana ada di antara mereka telah bersara dan berhenti. Oleh sebab itu kita perlu menambah lagi juruterbang PDRM," katanya.

Pada majlis itu, seramai tujuh anggota tamat kursus Lesen Juruterbang Komersil, Lesen Juruterbang Persendirian (13 anggota) dan Pemerhati Udara PDRM (12 anggota). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan