3,000 Polis Termasuk 200 Pegawai Kawal PRK Kuala Besut

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu.

"Sepanjang tempoh kempen bermula 12 Julai hingga 24 Julai hari mengundi polis akan mewujudkan 25 pos kawalan di setiap lokasi yang kita anggap adalah kawasan panas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kuala Besut di sini Selasa.

Beliau berkata langkah keselamatan yang diambil adalah untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu.

Menurutnya polis menjangkakan jumlah kenderaan dan orang luar yang datang ke Kuala Besut sama ada jentera parti politik yang bertanding atau pemerhati akan bertambah dalam beberapa hari lagi.

Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 km persegi. Sementara itu beliau mengingatkan parti-parti yang bertanding agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika berkempen.

Jamshah berkata setakat ini polis belum lagi menerima sebarang permohonan dan permit untuk kempen PRK di Kuala Besut.

"Kita akan mengadakan perjumpaan dengan parti-parti yang bertanding dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan peraturan yang perlu mereka patuhi, " katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan