Tourism Malaysia Sasar 800,000 Pelancong Dari India Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Tourism Malaysia mempromosikan negara sebagai destinasi eksotik bagi menarik lebih ramai lagi pelancong India dan menetapkan sasaran menarik 800,000 pengembara dari negara tersebut pada 2014.

"India merupakan sebuah negara yang sangat penting bagi kami dari segi pelancongan selepas negara-negara Asia lain dan China. Sejak beberapa tahun lepas terdapat peningkatan kukuh kedatangan pelancong dari India dan kami mahu meneruskan usaha kami untuk membantu pertumbuhan ini," Akhbar Press Trust of India memetik Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sebagai berkata.

"Tahun ini kami menjangka 780,000 pelancong dari India dan pada 2014 kami menyasar 800,000," kata Ng, di sini.

Jumlah aliran masuk pelancong antarabangsa dijangka berjumlah 26 juta pada 2013, katanya.

Ng juga dipetik sebagai berkata susut nilai rupee juga memberi manfaat kepada pelancong yang melawat Malaysia, juga destinasi bajet, kerana ia menawarkan pilihan luas untuk dipilih daripada mewah, pengembaraan, mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, perkahwinan dan membeli belah.

Tourism Malaysia juga mahu memanfaatkan pengaruh Bollywood dan sedang berbincang dengan syarikat produksi berkaitan perkara ini, katanya.

"Kami menawarkan diskaun 30 peratus kepada syarikat produksi, selain memudahkan semua penyusunan asas seperti mencari lokasi, mendapatkan permit, pengangkutan antara lainnya," kata Yen.

Walaupun Malaysia dan India dihubungkan menerusi 106 penerbangan setiap minggu, terdapat keperluan bagi lebih banyak penerbangan untuk meningkatkan aliran masuk pelancongan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan