Parlimen: Tiga Rang Undang-Undang Ditarik Balik

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga rang undang-undang yang dijadual dibacakan untuk kali kedua ditarik balik daripada Aturan Urusan Mesyuarat pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Usul itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.

Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lepas oleh Jamil Khir.

Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan