KJ Hadapi Hari Yang Serba Mencabar Dalam Satu Hari

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin terpaksa menghadapi hari yang mencabar apabila beliau perlu berdepan dengan kes atlet Sukma yang didakwa merogol, kes langgar lari dan kes membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) - semuanya dalam masa satu hari.

Khairy, terpaksa berurusan dengan rentetan berita buruk pada Ahad, bermula dengan kes langgar lari ketika acara larian amal yang dianjurkan oleh NTV7 di Bandar Utama.

Tiga pelari wanita cedera apabila mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika larian berlangsung yang mana Khairy sendiri yang melepaskan peserta.

Lim Lee Ling, 43, Lee Shiau Foon, 33, dan Lee Su San, 24, cedera apabila sebuah kereta Proton Iswara merah merempuh mereka selepas melakukan pusingan-U.

Khairy, melalui akaun Twitter beliau, menggesa pemandu untuk berhenti di balai polis berhampiran.

Pada kira-kira pukul 1.30 petang beliau mendedahkan nombor pendaftaran kereta terbabit dan menggesa pengikut-pengikutnya untuk berkongsi maklumat.

Selepas kejadian itu, Khairy terpaksa mengadakan sidang akhbar berikutan dakwaan rogol secara berkumpulan oleh pegawai tambahan pasukan bola baling Sukma.

Gadis 19 tahun itu mendakwa dia telah dirogol di perkampungan sukan di UPM pada 3 Julai lalu.

Tiga remaja lelaki telah ditahan oleh pihak polis.

Pada sidang media yang sama, Khairy turut menyebut tentang insiden lain yang melibatkan atlet Sukma.

Beberapa pegawai-pegawai dan peserta yang mengambil bahagian telah ditangkap membawa masuk alkohol dan minum di gelanggang bola keranjang di UPM.

Akhirnya, kira-kira pukul 5.45 petang, Ahli Parlimen Rembau ini menerima beberapa berita baik.

Beliau menulis di dalam Twitter, "Pasukan kita memenangi Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di Brunei menewaskan Sri Lanka dalam perlawanan akhir. Syabas!"

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan