Kementerian Kesihatan Tunggu Bukti Saintifik Sebelum Haramkan Sisha, Rokok Elektronik

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadap kesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.

"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok.

"Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produk berasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini, Ahad.

Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapat produk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.

Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronik boleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.

"Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan