Jumlah Peserta PLKN Dijangkiti Virus Hanya 0.08 Peratus - Abdul Rahim

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 92 orang atau 0.08 peratus daripada keseluruhan 117,679 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijangkiti virus sepanjang tahun lalu hingga 30 Jun lepas, Dewan Rakyat diberitahu, Isnin.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kes di bawah tahap keselamatan dan kesihatan di kem-kem PLKN di seluruh negara itu membabitkan virus denggi, 10 kes, demam campak (42), leptospirosis (sembilan) dan Influenza-like Illnes (ILI) (31).

"Kes jangkitan demam campak dan ILI merupakan bawaan dari luar dan terjadi selepas pelatih balik daripada bercuti.

"Jangkitan ini mudah merebak kerana pelatih berada di kawasan persekitaran di mana mereka selalu berkumpul untuk melakukan aktiviti secara bersama. Kes jangkitan denggi dan leptospirosis pula berpunca daripada keadaan persekitaran dan keadaan cuaca," katanya ketika menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Sim ingin tahu tahap keselamatan dan kesihatan di kem-kem PLKN termasuk jumlah peserta yang dijangkiti virus dan puncanya. Abdul Rahim berkata bagi tempoh yang sama, jumlah kes perselisihan faham antara peserta ialah 137 kes, kes kehilangan barang peserta dalam kem (10) dan kes pecah masuk kem oleh orang luar (tiga).

Beliau berkata pengusaha kem juga akan dipastikan mengambil langkah dari aspek kesihatan dan keselamatan termasuk memastikan terdapat penugasan pengawal keselamatan iaitu sekurang-kurangnya enam orang.

Selain itu, seorang anggota polis ditempatkan secara sepenuh masa di setiap kem, pelaksanaan submodel pencegahan jenayah dengan kerjasama PDRM, rondaan oleh unit PDRM dua kali sehari dan pemeriksaan berjadual oleh Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan.

"Beberapa langkah kesihatan turut diambil seperti menempatkan pasukan paramedik untuk memastikan terdapat kemudahan rawatan di setiap kem," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan