Bolehkah Politik Wang Dalam Umno Dihentikan?

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sistem pengundian baru Umno untuk pemilihan parti tahun ini boleh membantu mengurangkan politik wang tetapi ia tidak akan dapat dibendung sepenuhnya.

Bekas Ketua Editor Kumpulan News Straits Times Datuk Kadir Jasin berpendapat, sistem pengundian akan menjadikan calon-calon sukar untuk menggunakan wang bagi meraih undi kerana wujud kumpulan perwakilan mengundi yang lebih besar.

"Mereka di bahagian akar umbi lebih ikhlas dan tidak terdedah kepada politik wang," katanya, sambil menambah politik wang tidak boleh dihapusakan sama sekali.

Di bawah sistem baru ini, seramai 146,500 ahli parti daripada 191 bahagian akan terlibat dalam memilih presiden, timbalan presiden, naib presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.

Walau bagaimanapun tidak semua 146,500 undi akan dikira secara langsung kerana parti akan menggunakan sistem "satu bahagian, satu undi" yang serupa dengan sistem daftar pemilih di negara ini.

Sebelum ini, kira-kira 2,500 perwakilan di perhimpunan agung parti itu mengundi untuk memilih pelapis tertinggi parti.

Untuk pemilihan parti tahun ini, sistem kuota yang memerlukan peratusan tertentu pencalonan dari Umno bahagian supaya pemimpin layak bertanding jawatan tertinggi juga telah dihapuskan.

Ini bermakna sesiapa sahaja boleh bertanding untuk jawatan tertinggi sekarang.

Dalam pilihan raya lalu, terdapat dakwaan bahawa undi perwakilan boleh dibeli oleh pemimpin-pemimpin dan proksi mereka yang memberikan wang tunai dan hadiah, mengatur percutian dan lain-lain insentif untuk menarik pengundi.

Kadir, bagaimanapun memberi amaran bahawa sistem baru ini boleh menyebabkan banyak rasa tidak puas hati jika proses mengundi itu tidak dilakukan dengan betul atau terdapat penipuan di peringkat pengundi akar umbi.

Bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman, yang telah menyuarakan hasrat beliau untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno, yakin pengundian yang dibuka sehingga ke peringkat akar umbi akan menghapuskan politik wang dalam parti itu.

"Parti cuba untuk membersihkan diri dan ia adalah permulaan yang baik," katanya.

Beliau juga berkata sistem itu bermanfaat untuk golongan 'underdog' seperti beliau kerana lebih ramai orang mempunyai 'suara' untuk memilih pemimpin yang mereka mahu berbanding 3,000 perwakilan dalam dewan.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Shahrir Samad berkata sistem baru ini mengiktiraf watak akar umbi Umno dan beliau tidak fikir akan ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengannya.

Salah satu cabaran dalam menjalankan pilihan raya parti adalah mendapatkan anggota yang dan "kakitangan awam" Umno yang benar-benar neutral untuk menyelia pilihan raya, katanya.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng percaya sistem baru ini tidak akan mengekang politik wang kerana struktur politik 'atas ke bawah dalam Umno' sangat jelas dan kuasa berada di tangan beberapa mereka yang dipilih.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan