APPW 2011 Elak Syarikat Perkhidmatan Kewangan Terlibat Pengubahan Wang Haram - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah perlesenan semula di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (APPW) 2011 bertujuan memperkukuh industri perkhidmatan wang daripada menjadi saluran pengubahan wang haram, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata langkah perlesenan semula di bawah akta berkenaan pada Disember 2012 mencatatkan bilangan peserta industri yang dilesenkan semula berkurangan daripada 839 pada 2011 kepada 514, pada masa ini.

"APPW 2011 diwujudkan sebagai rangka kerja pengawal seliaan bagi memastikan industri perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang dan pengirim wang) yang lebih moden dan tersusun serta memperkukuh industri daripada digunakan sebagai saluran pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan aktiviti haram yang lain," katanya ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin.

Fong ingin tahu mengenai kedudukan pengedaran wang haram yang mengalir dalam negara berikutan pengurup wang haram memainkan peranan melakukan transit dalam negara dan langkah-langkah yang diambil untuk membendungnya.

Ahmad berkata langkah perlesenan semula itu juga untuk memastikan hanya entiti yang dikawal dan diurus oleh mereka yang berintergriti, berupaya dan komited memenuhi keperluan pengawalseliaan, layak menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan wang.

"Peraturan dan garis panduan juga dikeluarkan terutama untuk meningkatkan tahap pematuhan serta memperkukuh urus tadbir, sistem kawalan dan pengurusan risiko peserta industri.

"Ini bagi memastikan pelaksanaan perniagaan perkhidmatan wang yang lebih profesional serta melindungi integriti industri daripada risiko jenayah kewangan dan kegiatan menyalahi undang-undang," katanya.

Ahmad berkata melalui akta itu juga, fleksilibiti yang sewajarnya turut diberi kepada peserta industri yang layak untuk menawarkan perkhidmatan pengiriman wang yang lebih baik untuk diakses, dan berkualiti, kepada individu dan perniagaan.

Sehubungan itu, katanya, pengurup wang yang layak dibenar untuk menawarkan perkhidmatan pengiriman wang atau menjadi ejen pemberi perkhidmatan wang serta membuka premis sementara di kawasan tertentu seperti di kilang dan kawasan ladang bagi memberi perkhidmatan kepada pekerja asing. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan