1.7 Juta Netbook 1Malaysia Diagih

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sejak 2010 dalam usaha kerajaan meningkatkan kadar celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah itu termasuk pengwujudan 4,000 kampung dilengkapi perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar atau wi-fi serta 335 pusat Jalur Lebar di seluruh negara.

"Ini adalah hasil kerjasama kementerian dan kementerian lain, termasuk Kementerian Pendidikan dalam merapatkan jurang celik IT (Teknologi Maklumat) dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar," katanya ketika menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Che Rosli ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Menjawab soalan tambahan Che Rosli berhubung kos penyelenggaraan Netbook 1Malaysia yang diedarkan itu, Jailani berkata setiap Netbook dilengkapi jaminan selama setahun. Namun pengguna boleh menghantar kepada syarikat pembekal perkhidmatan untuk dibaiki sekiranya berlaku kerosakkan dalam tempoh tersebut, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan