Tiga Peserta Cedera Dilanggar Ketika Sertai Larian Amal

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga pelari wanita cedera apabila dilanggar sebuah kereta dalam larian amal yang dianjurkan oleh NTV7 di Bandar Utama, Ahad.

Mangsa, Lim Lee Ling, 43, Lee Shiau Foon, 33, dan Lee Su San, 24, cedera apabila sebuah kereta merah merempuh mereka selepas melakukan pusingan-U pada pukul 8 pagi.

Saksi berkata, pemandu Proton Iswara tersebut tidak memberhentikan keretanya sebaliknya terus memandu melarikan diri.

Menurut polis trafik, warden lalu lintas berada di persimpangan di mana kemalangan itu berlaku di Km 14 laluan.

"Warden telah membenarkan kereta tersebut membuat pusingan-U dan mengarahkannya supaya berada di lorongnya. Selepas kereta itu membuat pusingan, ia tiba-tiba dipecut dan dipandu ke lorong untuk pelari sehingga melanggar tiga mangsa," kata seorang pegawai polis trafik dari cawangan Kota Damansara.

Kon lalu lintas diletakkan bagi memisahkan satu lorong jalan untuk pelari dan warden trafik serta anggota polis trafik ditempatkan di sepanjang laluan.

Kakitangan St John Ambulans bertindak balas terhadap kemalangan dan menstabilkan mangsa sebelum mereka dibawa ke khemah perubatan.

Doktor yang bertanggungjawab berkata ketiga-tiga mangsa sedar dan mengalami calar-calar dan lebam.

"Salah seorang mangsa mengadu sakit di bahagian belakang dan seorang lagi pening dan muntah," kata doktor itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan penyiasat polis trafik telah melawat tempat kejadian.

Larian ini dianjurkan oleh NTV7 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-15 mereka.

Pengurus Besar Kumpulan untuk ntv7 dan 8TV Airin Zainal berkata penganjur telah mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan peserta.

Penganjur berkata, pemandu mempunyai 24 jam untuk membuat laporan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan