SKMM Perlu Wujud Mekanisme Terbaik Tangani Tentera Siber - Wan Junaidi - Berita Semasa | mStar

SKMM Perlu Wujud Mekanisme Terbaik Tangani Tentera Siber - Wan Junaidi

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu merangka mekanisme terbaik untuk memantau serta menangani pelbagai isu yang dicetuskan di alam siber bagi memastikan ia tidak menggugat kestabilan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SKMM perlu lebih proaktif dalam tindakan mereka, terutama dalam menangani propaganda 'tentera siber' yang dikaitkan dengan pembangkang.

"Ini bagi memastikan agenda yang cuba diketengah tidak menjurus kepada timbulnya ketegangan dalam masyarakat.

"Memang daripada sudut yang kita lihat, ada tindakan pihak tertentu cuba mempromosi kempen politik mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, jadi dalam hal ini, SKMM perlu bertindak mengawal perkara itu.

"Sekiranya ini sudah tidak boleh dikawal sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri, maka pihak polis akan bertindak," katanya kepada Bernama. Wan Junaidi berkata segala tohmahan keterlaluan yang dilempar di media sosial, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. "Walaupun kita bukan seperti sesetengah negara lain yang menyekat kebebasan dunia multimedia, tetapi ia bukanlah satu tiket kepada tentera siber ini untuk menyalahgunakan segala kelebihan yang diberi," katanya.

Beliau berkata media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan beberapa laman sosial lain perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak ia terus disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan