Pelbagai Reaksi, Ragam Ahli Parlimen Terhadap Kuiz Pengetahuan Am Akhbar 'The Star'

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada siapa dapat menjangka wakil mereka di Parlimen adalah seorang pakar barangan runcit, tetapi kita akan berfikir mereka sekurang-kurangnya tahu tentang harga satu atau dua barangan asas runcit.

Walau bagaimanapun, hanya kira-kira satu per sepuluh daripada ahli Parlimen yang 'diterjah' pasukan kaji selidik The Star dengan soalan pop kuiz baru-baru ini yang tahu berapa harga 1kg gula dan sekotak 10 biji telur Gred A.

Kuiz ini juga menunjukkan bahawa hanya 61 peratus daripada 74 ahli Parlimen yang ditemuramah boleh memberitahu tentang gaji minimum rasmi.

Akhbar 'The Star' memutuskan untuk bermain dengan "20 Soalan" bersama ahli Parlimen yang baru sahaja mengangkat sumpah di Parlimen baru-baru ini untuk mengukur bukan sahaja pengetahuan am tetapi juga keramahan mereka.

Pasukan ini mendekati kira-kira 140 ahli Parlimen selama tiga hari tetapi hanya 74 yang bersedia diuji dan disoal dengan soalan yang disediakan.

31 tegas menolak untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik atau menjawab hanya satu atau dua soalan.

35 yang lain yang didekati, memberikan beberapa alasan atau cuba "melarikan diri".

Kebanyakannya mesra mengenainya, walaupun, dengan menjawab dengan 'gaya' biasa - "SMS saya esok" atau "Hubungi saya nanti".

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BN-Kemaman) menjawab dengan gaya klasik beliau. "Satu hari nanti, saya akan memberikan anda bahan eksklusif", sambil berlalu pergi.

Beberapa ahli Parlimen baru yang lebih muda, nampaknya lebih mudah didekati - Ahli Parlimen Batu Kawan (DAP) Kasthuri Patto memegang pelapik kertas soalan wartawan sambil tersenyum dan menjawab soal selidik, manakala Ahli Parlimen Pasir Mas (PAS) Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendorong rakan-rakan parti untuk menjawab soalan kuiz semasa makan tengah hari.

Beberapa ahli Parlimen yang lebih tua cuba untuk mengalih pandangan pasukan kaji selidik dengan soalan kuiz sendiri. "Adakah anda tahu berapa harga 1kg tepung," soalnya kembali.

Tetapi ada juga yang 'sporting' seperti Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MP Padang Rengas) Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Walau bagaimanapun, mengejutkan apabila seorang ahli Parlimen yang dijangka mengambil bahagian - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) enggan menjawab dan menolak dengan sopan.

Beberapa ahli Parlimen yang lain melihat ini sebagai sesuatu yang mencurigakan, seperti Ahli Parlimen Alor Setar (PKR) Gooi Hsiao Loong.

Soalan-soalan yang disediakan merangkumi pelbagai topik, daripada hal ehwal semasa, budaya tempatan, alam sekitar dan hiburan.

Beberapa ahli Parlimen menjawab Qing Ming adalah Maharaja China yang membina Tembok Besar. Sebenarnya, ia adalah acara tahunan budaya masyarakat Cina untuk menghormati nenek moyang.

Ada yang berkata bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah Tahun Baru Islam. Jawapannya sepatutnya ialah Awal Muharram atau Maal Hijrah.

Jika soalan-soalan mengenai budaya masyarakat Malaysia telah membingungkan ramai ahli Parlimen, topik makanan adalah satu soalan yang mudah untuk kebanyakan mereka, dengan 80 peratus daripada mereka menjawab dengan betul tentang negeri asal untuk nasi dagang dan nasi kerabu.

Dan apabila ditanya soalan tentang berita selebriti, beberapa ahli Parlimen kita bingung mengenai bintang Hollywood Angelina Jolie dan pemuzik tempatan, Yuna.

Secara purata, ahli Parlimen menjawab dengan betul 11 ​ daripada 20.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan