Henti Putar Belit Kenyataan Mengenai Jonker Walk -Idris Haron

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Datuk Idris Haron meminta pihak-pihak berkenaan supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung kawasan pelancongan Jonker Walk.

Beliau berkata beliau berasa amat kesal kerana kenyataannya diputar belit seolah-olah beliau menafikan hak berniaga kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

"Cadangan saya supaya jalan di Jonker Walk dibuka ialah untuk dinilai keadaan kesesakan lalu lintas di situ bagi tempoh empat minggu. Bila saya kata buka jalan, mereka menyalah erti kenyataan saya bahawa saya ingin menutup peluang perniagaan di kawasan tersebut.

"Kerajaan negeri mempunyai niat baik terhadap peniaga di situ. Jangan burukkan niat baik kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka (Mapen) di Bangunan Yayasan Melaka di Ayer Keroh di sini Sabtu.

Jalan Hang Jebat itu dibuka bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk mulai 28 Jun lepas ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar pada hujung minggu seperti yang sering menjadi rungutan pelancong dan rakyat tempatan.

Namun sesetengah pihak memutar belit langkah itu dan turut mengaitkannya sebagai bermotifkan politik.

Idris berkata empat jalan sisi di Jalan Hang Jebat turut dirancang untuk ditempatkan peniaga terlibat. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan