Firefly Tidak Akan Bertolak Ansur Dari Segi Keselamatan

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOULOUSE: Syarikat penerbangan komuniti Malaysia, Firefly, tidak akan bertolak ansur di segi keselamatan, terutama sekali terhadap penyelenggaraan pesawat supaya ia setara dengan pesawat syarikat induknya, Malaysian Airlines System (MAS).

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata syarikat itu sentiasa mematuhi prosedur ketat penyelenggaraan pesawat dan memastikan pesawatnya beroperasi pada keadaan optimum.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini semasa menerima salah satu daripada 20 pesawat baharu Firefly, ATR 72-600, yang dibeli pada 2007 dari Avions de Transport Regional (ATR), pengeluar pesawat terbesar Perancis.

Sembilan belas lagi pesawat turboprop itu akan memasuki perkhidmatan secara berperingkat-peringkat sehingga 2019 sebagai daripada pengembangan Firefly.

Penumpang syarikat penerbangan telah berkembang daripada 100,000 orang pada 2007 kepada 1.7 juta orang pada tahun lepas. Firefly, satu syarikat milik penuh MAS dan memulakan operasi pada 2007, mempunyai 12 pesawat ATR 72-500, terbang ke 25 lalaun domestik dan antarabangsa ke destinasi seperti Indonesia, Singapore and Thailand.

Ong berkata turboprop ATR 72-600, salah satu pesawat paling selamat, yang dilengkapi dengan enjin kipas serat karbon, yang merupakan teknologi yang digunakan oleh pesawat fret udara tentera udara di seluruh dunia.

Pesawat ATR 72-600 yang baharu itu akan diterbangkan oleh tiga juruterbang Firefly, disertai oleh enam jurutera dan seorang pegawai Jabatan Penerbangan Awam dari Toulouse ke Kuala Lumpur.

Ia akan memulakan penerbangan komersilnya yang pertama ke Johor Baharu dari Terminal Skypark di Subang, pada 12 Julai.

Salah seorang kapten berkenaan, Kamarul Alam Radzi, 37, yang telah berkhidmatan dengan Firefly selama lima tahun, berkata pesawat itu menggunakan kipas paling canggih sehingga ini dan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang.

Ia menampilkan inovasi terbaharu di segi keselesaan dan telah memenangi Anugerah Kabin Armonia yang direka bentuk oleh Giugiaro Design serta dilengkapi dengan tempat duduk nipis, diperbuat dari kulit yang lembut dan lampu atas yang lebih besar.

Ong berkata pesawat itu akan membolehkan Firefly mengembangkan tawaran penerbangan serantaunya dengan menambah laluan, kekerapan dan sambungan baharu ke rantau Asean. Sementara itu Pengurus Perhubungan Media ATR David Vargas berkata kipas enjin pesawat jenis itu masih digunakan oleh industri.

Katanya pesawat ATR 72-600 boleh terbang sejauh 1,665 kilometer dengan penumpang penuh dan sesuai bagi laluan jarak dekat mengikut penerbangan sejauh 500 kilometer dan 1,000 kilometere.

"Berikutan enjinnya yang dikuasakan oleh kipasnya, pesawat itu menjimatkan 40 peratus fuel berbanding dengan pesawat jet lain," katanya.

ATR adalah perkongsian sama banyak antara dua syarikat aeronautik Eropah yang utama - Alenia Aermacchi (satu syarikat Finmeccanica Group) dan EADS serta ditubuhkan pada 1981. Sebanyak 1,200 ATR telah dijual kepada 182 syarikat di 90 negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan