Runtuhan Jambatan Kedua: Kontraktor Akan Didakwa Kerana Cuai - DOSH

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengesahkan wujud unsur kecuaian oleh kontraktor dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan, 6 Jun lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Ir Dr Johari Basri berkata siasatan mendapati berlaku kecuaian dari segi prosedur dan teknikal dalam kerja-kerja pembinaan oleh syarikat kontraktor terbabit.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menyiapkan kertas pertuduhan terhadap kontraktor berkenaan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan seterusnya.

Johari berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan cek kepada 876 pekerja Samina-Sci Corporationy yang diberhentikan oleh syarikat itu, Oktober, tahun lepas.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh, mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di sini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata kementeriannya akan turut menggunakan hasil siasatan oleh DOSH itu untuk menambahbaik perjalanan sektor pembinaan di negara ini.

Beliau berkata laporan DOSH itu akan digunakan oleh kumpulan pakar yang ditubuhkan oleh kementerian untuk merangka piawaian, garis panduan dan peraturan untuk dijadikan Amalan Pembinaan Baik dalam sektor pembinaan di negara ini.

Beliau berkata kumpulan pakar itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim.

"Ini perlu supaya kita dapat mengangani dan kurangkan risiko kejadian tidak diingini sama ada runtuhan, kematian, kemalangan yang harus kita tangani secara komprehensif dan bukan hanya secara ad-hoc, "katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan