Polis Kemuka Cadangan Undang-Undang Baru Ganti Ordinan Darurat

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi input dan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung penggubalan undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) 1969 yang dimansuhkan pada 2011.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Ada satu dua alternatif kita dah cadangkan. Tapi butir-butir itu biarlah dulu, tak elok jika saya hebahkan sekarang. "Yang penting, jika diluluskan, ia akan dapat menangani masalah jenayah demi kebaikan masyarakat keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk Mentari Court di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada dalam kalangan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.

Turut hadir Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli.

Sementara itu, Khalid berkata buat masa ini belum ada cadangan untuk memperluas khidmat polis bantuan bagi mengawal di kawasan perumahan.

"Apa yang boleh disyorkan adalah tingkatkan penguatkuasaan dan kawalan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama persatuan penduduk, dan kita (polis) sedia lakukan rondaan secara bersama," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan