Peraturan Baru Pembeli Hartanah

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembeli hartanah tidak lagi mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman melebihi tempoh 35 tahun.

Bagi sesiapa yang membuat pinjaman peribadi kini hanya boleh berbuat demikian dalam tempoh sehingga 10 tahun.

Ia merupakan peraturan baru yang ditetapkan Bank Negara bagi tujuan membantu mengurangkan hutang isi rumah di negara ini.

Sebelum ini pembeli hartanah boleh membuat pinjaman sehingga 45 tahun, manakala pinjaman peribadi boleh dibayar balik dalam tempoh sehingga 25 tahun.

Peraturan baru yang ditetapkan Bank Negara dibuat berikutan nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) adalah tinggi iaitu 83 peratus.

Peratusan itu adalah yang tertinggi di Asia.

Garis panduan pinjaman yang lebih ketat itu juga menyaksikan bank pusat melarang menawarkan pra-kelulusan produk pembiayaan peribadi.

Langkah-langkah baru untuk menangani hutang isi rumah juga akan dipanjangkan kepada semua institusi kewangan dan koperasi kredit yang dikawal selia oleh Bank Negara, Koperasi Suruhanjaya Malaysia, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Aeon Credit Service (M) Berhad.

Peminjam baru, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, hanya boleh mengambil hutang sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan mereka.

Had baru tidak akan menjejaskan permohonan pinjaman yang dibuat sebelum Jumaat.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dalam taklimat pada Jumaat berkata, sehingga kini hutang isi rumah masih belum berada di tahap yang membimbangkan.

Menurut Zetiempoh pinjaman hartanah yang sangat panjang menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan oleh isi rumah dan meningkatkan kelemahan sektor berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan