Karpal Gesa Pihak Gondolkan Bukit Relau Disenaraihitamkan - Berita Semasa | mStar

Karpal Gesa Pihak Gondolkan Bukit Relau Disenaraihitamkan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mahu pengarah dan syarikat yang didakwa terlibat dalam kegiatan menggondolkan satu kawasan di Bukit Relau, Jalan Bukit Gambir di sini, disenaraihitamkan.

Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP, berkata pemilik Lot 11396 di mana kegiatan itu dikatakan berlaku, perlu turut disenaraihitamkan.

Katanya menurut laporan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang hari ini, tanah berkenaan adalah milik General Accomplishment Sdn Bhd dan seorang daripada pengarahnya ialah jutawan Tan Sri Tan Kok Ping.

"Pertuduhan yang dikenakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sahaja tidak mencukupi, tanah dan pengarah syarikat itu juga perlu disenaraihitamkan kerana melanggar undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Dalam laporan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata Tan menjadi pengerusi syarikat yang didakwa menjalankan kerja tanah di kawasan itu dan MPPP akan mengenakan pertuduhan terhadap syarikat berkenaan pada 11 Julai.

Tan juga adalah penasihat eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pulau Pinang dan bekas presiden dewan itu.

Sementara itu, Karpal juga menggesa agar satu lagi syarikat yang terlibat dalam kegiatan haram berkenaan turut dikenakan pertuduhan dan disenaraihitamkan.

"Tidak kira betapa kayanya seseorang itu, kerajaan negeri yang diterajui DAP tidak akan membiarkan mana-mana pihak membelakangkan undang-undang dan melepaskan diri tanpa dikenakan tindakan," katanya.

Pada 15 Mei, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, R.S.N Rayer meminta Majlis Perbanaran Pulau Pinang (MPP), Jabatan Hutan negeri dan Pejabat Daerah Timur Laut menyiasat kegiatan menggondolkan satu kawasan di Bukit Relau.

Laporan pada awal Jun menyebut MPPP mendedahkan nama dua syarikat yang dikatakan menebang pokok di bukit itu. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan