Ahli MCA, Penyokong BN Perlu Lawan Kenyataan Cuba Jatuhkan Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: MCA akan mengerahkan anggotanya dan penyokong Barisan Nasional (BN) untuk melawan semula kenyataan yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan fitnah seperti yang disebar menerusi laman media sosial.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata penyebaran fitnah terhadap kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menerusi laman sosial sedikit sebanyak menjadi punca kekalahan ramai calon BN.

"Pihak pembangkang telah menggunakan laman sosial pada PRU yang lepas untuk berkempen dan mereka telah mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas terhadap kerajaan.

"Rakyat pula lebih gemar menerima apa yang dibaca secara bulat-bulat tanpa menganalisis dahulu sama ada dakwaan yang dikeluarkan itu benar atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di sini, SAbtu.

Beliau berkata rakyat tidak harus mempercayai dakwaan yang dikeluarkan 100 peratus kerana mereka sepatutnya memeriksa dahulu sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum membuat persepsi sendiri. "Cuba lihat negara Singapura, mereka telah menyekat kebebasan untuk bersuara di laman sosial kerana banyak perkara yang tidak benar didedahkan dengan senang. "Malaysia masih bersifat terbuka kerana kita tak mahu sekat sesiapa untuk nyatakan pendapat mereka tapi pastikan apa yang mereka tulis itu betul," katanya.

Chor, yang merupakan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata rakyat perlu dididik agar tidak menerima segala informasi yang disiar di laman sosial secara bulat-bulat.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 37 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal.

"Walaupun kita kalah untuk mempertahan kerusi Parlimen Alor Setar dan (beberapa) kawasan Dewan Undangan Negeri, kita tetap tunaikan janji yang telah kita buat sebelum ini.

"Kita harap dengan bantuan ini, mereka dapat berdikari untuk mencari rezeki tanpa perlu bergantung kepada bantuan kerajaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan