Perpustakaan Perlu Nafas Baharu Untuk Perkasa Budaya Membaca - Najib - Berita Semasa | mStar

Perpustakaan Perlu Nafas Baharu Untuk Perkasa Budaya Membaca - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perpustakaan perlu diberi nafas baharu untuk terus memperkasa budaya membaca, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam mesej tweetnya pada Jumaat yang dipautkan kepada berita yang dikeluarkan Bernama, Khamis bertajuk 'Remajakan Perpustakaan Agar Kekal Relevan Kepada Masyarakat'.

Dalam laporan berita memetik Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Ismail Alias itu, perpustakaan di negara ini perlu diremajakan agar kekal relevan di mata masyarakat.

Ini sejajar dengan arus fenomena global yang menuntut transformasi menyeluruh dan berstruktur, kata Ismail.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri turut menghantar mesej tweet memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus meliberalisasikan sektor perkhidmatan agar terus kompetitif.

Najib dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke United Kingdom. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan