Penasihat Kerajaan: Rais Berazam Jalankan Tugas Sebaik Mungkin

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tan Sri Dr Rais Yatim (tengah) bersama Rektor UIA, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin (empat, kiri) bergambar bersama kakitangan universiti sebelum memulakan tugas rasmi beliau sebagai presiden universiti itu di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA
Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tan Sri Dr Rais Yatim (tengah) bersama Rektor UIA, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin (empat, kiri) bergambar bersama kakitangan universiti sebelum memulakan tugas rasmi beliau sebagai presiden universiti itu di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim berkata beliau akan melaksanakan tugas baharunya sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri dengan sebaik mungkin.

Beliau yang mengesahkan pelantikan itu berkata beliau akan memberi laporan dan cadangan yang berkaitan sosial dan budaya kepada Perdana Menteri untuk kepentingan negara.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang menaruh kepercayaan untuk saya menjawat jawatan itu.

"Sebagai penasihat, tentu hal itu harus cermat dan mengambil kira pelbagai aspek dan elemen dalam memperjuangkan hal-hal sosial dan kebudayaan," katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Jumaat.

Mengulas lanjut, Rais berkata pelantikannya ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai.

Beliau dalam pada itu berkata kedua-dua tanggungjawab baharu itu boleh dirangkulkan bersama terutama dalam membawa UIAM menerokai bidang baharu berkaitan sosial dan kebudayaan.

Rais dilantik sebagai Presiden keenam UIAM berkuat kuasa 2 Jun lepas bagi tempoh lima tahun menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan