Hishammuddin Beri Jaminan Tiada Lagi Penundaan Tarikh Operasi KLIA2

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan bangunan utama terminal KLIA 2 ketika tinjauan di Menara Pusat Kawalan Trafik Udara Penerbangan Awam Malaysia KLIA 2, Sepang pada Jumaat. - FotoBERNAMA
Keadaan bangunan utama terminal KLIA 2 ketika tinjauan di Menara Pusat Kawalan Trafik Udara Penerbangan Awam Malaysia KLIA 2, Sepang pada Jumaat. - FotoBERNAMA

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin pada Jumaat memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi penundaan bagi tarikh operasi klia2 selepas tarikh beroperasi baru pada 2 Mei 2014 diumumkan baru-baru ini.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu.

"Jawatankuasa ini juga akan membantu pihak Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat kontraktor yang terlibat menyelesaikan mana-mana masalah atau kekangan yang timbul berkaitan projek ini.

"Jawatankuasa ini akan turut bertanggungjawab menerangkan kepada orang ramai berkenaan punca kelewatan dan kos tambahan yang dikenakan disebabkan oleh kelewatan ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek klia2 di sini, Jumaat.

Katanya jawatankuasa ini akan melaporkan perkembangan projek berkenaan kepada beliau setiap minggu bagi membolehkan beliau memantau perlaksanaannya secara lebih dekat.

"Saya berharap langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dan prihatin dalam memastikan projek mega ini dapat direalisasikan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Dalam lawatan tersebut, Hishammuddin telah diberi taklimat oleh pihak MAHB dan semua yang terlibat mengenai segala kekangan dan masalah kelewatan yang mereka hadapi sebelum ini.

"Saya telah diberi penjelasan mengenai perkara-perkara tersebut dan mendapatkan komitmen pihak MAHB dan kontraktor untuk sama-sama menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan.

"Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak tetapi mahu memastikan projek ini dapat disiapkan demi keselesaan pengguna serta membantu merancakkan sektor pelancongan negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan