Guan Eng Mohon Maaf Gantung Sesi Soalan Lisan, Lantik Jagdeep Pantau Urusan DUN P.Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Jagdeep Singh Deo hari ini dilantik untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam memastikan perjalanan persidangan DUN tidak terjejas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan itu dalam sesi penggulungan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN, Jumaat.

Beliau berkata pelantikan itu juga dibuat bagi memastikan situasi sesi soalan lisan digugurkan pada sidang DUN tidak berulang.

"Pihak Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah diberikan fahaman dan nasihat bahawa apabila Speaker baharu belum dilantik, maka sesi soalan lisan tidak boleh diadakan. Nasihat sedemikian telah diterima secara bulat-bulat oleh kerajaan negeri.

"Sebagai badan eksekutif, kami dalam kerajaan negeri tidak usul periksa secara mendalam apakah rasional nasihat sedemikian kerana menganggapnya sebagai satu urusan dalaman DUN yang harus diasingkan dengan badan eksekutif," katanya.

Persidangan hari pertama DUN Rabu lepas, kecoh apabila Speaker DUN Law Choo Kiang tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab sebaliknya meneruskan persidangan dengan sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Lim sebelum ini berkata keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab pada persidangan DUN kali ini dibuat atas nasihat penasihat undang-undang negeri.

Lim berkata Jagdeep yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat akan memainkan peranan untuk meneliti setiap syor atau nasihat yang dicadangkan bagi memastikan proses demokrasi berparlimen berfungsi secara berkesan serta mengadakan rundingan dengan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid selepas mendapat panduan daripada speaker.

Beliau turut mengakui keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab adalah satu kesilapan yang tidak seharusnya berlaku dan ketua menteri memohon maaf terhadap kesilapan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan