Akta Kebankrapan 1967 Dalam Proses Pindaan - Nancy Shukri

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, dengan pindaan itu, beberapa peruntukan alternatif akan diperkenal kepada pemuitang untuk mendapatkan semula hutang berasaskan kepada kerangka perundangan insolvensi seperti perkiraan sukarela individu dan skim pembayaran semula hutang.

Beliau berkata, draf rang undang-undang kebankrapan itu telah dibawa kepada perhatian pihak Jabatan Peguam Negara.

"Bagi peruntukan pelepasan, antara peruntukan yang dicadangkan adalah pelepasan secara automatik selepas kes ditadbir dalam suatu tempoh masa tertentu," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung cadangan kerajaan untuk meminda undang-undang bagi memudahkan seseorang yang muflis keluar daripada kemuflisan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi, seramai 246,357 individu telah diisytihar bankrap secara automatik dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen serta dilarang ke luar negara.

Subseksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) melarang individu yang diisytihar bankrap untuk keluar negara kecuali dibenarkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, katanya.

Nancy berkata, berdasarkan akta sedia ada, terdapat tiga cara bagi seseorang muflis untuk keluar daripada status bankrap iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah dan pembatalan melalui perintah mahkamah.

"Bagi pelepasan bankrap, pemohon boleh memfailkan permohonan di mahkamah bila-bila masa selepas dijatuhkan perintah penerimaan dan perintah penghukuman.

"Satu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar dan memutuskan permohonan itu.

"Bagi pelepasan melalui sijil pelepasan, ia merupakan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi. Bagi melayakkan dilepaskan, kes kebankrapan mestilah ditadbir melebihi lima tahun selain kriteria lain. Namun ia juga tertakluk kepada bantahan pihak pemiutang," katanya.

Beliau berkata bagi pembatalan bankrap melalui perintah mahkamah pula, permohonan boleh dibuat sama ada apabila tuntutan telah dibayar sepenuhnya atau apabila fakta kes menunjukkan bahawa bankrap tidak sepatutnya dijatuhkan perintah penerimaan dan perintah penghukuman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan