Selangor Catat Defisit Perbelanjaan Dari 2009 Hingga 2013

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor gagal mempertahankan belanjawan berimbang apabila mencatatkan defisit perbelanjaan sejak 2009 hingga 2013, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Beliau berkata, jumlah defisit perbelanjaan tersebut mencatatkan peningkatan yang tidak munasabah sekaligus membuktikan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.

“Selangor mencatatkan defisit perbelanjaan sebanyak RM120 juta (8.65%) pada 2009, dan jumlah ini terus meningkat kepada RM194 juta (14.9%) pada 2010.

“Pada 2011 pula defisit sebanyak RM210 juta (13.9%) dan RM197.2 juta (10.44%) pada tahun 2012,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada Khamis.

Wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata, lebih memeranjatkan apabila bagi tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun) tahun ini defisit perbelanjaan yang dicatatkan mencecah 46.7 peratus.

"Berdasarkan prestasi Bajet 2009 sehingga 2011 kerajaan negeri gagal mempertahankan bajet berimbang sedangkan setiap tahun kita bangkitkan perkara ini.

"Terbukti kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri tidak teliti dalam perancangan dan penyediaan bajet negeri dan gagal kawal perbelanjaan sehingga alami defisit setiap tahun," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi tahun 2013 dalam Dewan memohon untuk menggunakan RM761,440 juta daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri bagi menampung Perbelanjaan Perkhidmatan 2013.

Permohonan itu meliputi 46.7% daripada jumlah RM1.63 bilion yang diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2013 November tahun lalu.

"Baru lima bulan kerajaan sudah habiskan RM1.6 bilion, ini menimbulkan persoalan dan sepatutnya Dewan berikan penjelasan," ujar Sulaiman.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan