PM dan Cameron Lancar Projek Battersea

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama rakan sejawatannya dari United Kingdom, David Cameron hadir pada majlis Pecah Tanah Pembangunan Battersea Power Station di London, Khamis. Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama rakan sejawatannya dari United Kingdom, David Cameron hadir pada majlis Pecah Tanah Pembangunan Battersea Power Station di London, Khamis. Foto BERNAMA

LONDON: Malaysia ialah sebuah negara yang menawarkan potensi yang tiada akhirnya kerana ia kini telah bergerak jauh daripada menjadi tanah jajahan kepada pelabur utama dengan pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Enam puluh tahun lepas, hanya segelintir pihak sahaja telah meramalkan yang wang Malaysia akan menghidupkan kembali Battersea," kata beliau dalam ucapannya pada majlis pecah tanah projek ikonik Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di barat daya kota London.

Malaysia, tambah beliau ialah antara yang menonjol dalam ekonomi global dengan Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang 6.9 peratus sejak empat tahun lepas.

Sambil melahirkan ucap tahniah kepada konsortium Malaysia dalam usaha mereka untuk turut memulihkan semula Battersea, beliau berkata yang contoh kejayaan mereka akan diulangi, bukan sahaja di London, tetapi seluruh dunia.

Beliau berkata, yang pembangunan itu turut memberi tanda bagaimana hubungan antara kedua-dua negara telah berubah.

"Sebagai antara ribuan peminat London, saya amat gembira mengetahui negara saya turut membantu memulihara bangunan-bangunan yang menarik dan tersendiri.

"Dan ia juga memberikan saya harapan untuk masa hadapan .. bukan sahaja Malaysia, tetapi hubungan kita dengan United Kingdom, dan dunia," kata beliau.

Daripada menjadi pesaing, Timur dan Barat lebih kuat sebagai rakan untuk kemakmuran dengan komited untuk membuka ekonomi dan masyarakat serta mengalu-alukan apa yang terbaik yang boleh dunia tawarkan.

Projek Jana Kuasa ini menunjukkan apa yang mungkin dapat direalisasikan apabila ia dilakukan bersama-sama, kata beliau.

Beliau berkata Battersea, satu monumen kepada sejarah lampau Britain -- sebagai tempat kelahiran industri dan cahaya kepada kemodenan -- telah terbiar lesu selama 30 tahun.

Sementara itu, perdana menteri turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Cameron atas sambutan mesra beliau serta komitmennya kepada Malaysia sambil menyatakan perdana menteri itu telah berusaha keras untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan