MB Selangor Diminta Beri Penjelasan Pemilikan Bumiputera Projek Datum Jelatek

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta memberi penjelasan mengenai projek pembangunan Datum Jelatek, yang disifatkan sebagai tidak menjaga kepentingan dan hak bumiputera.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kenyataan Abdul Khalid menegaskan keutamaan diberikan kepada pembeli Bumiputera mencetus pelbagai keraguan.

Beliau berkata, ini kerana projek pembangunan Datum Jelatek itu mempunyai empat blok dengan bilangan unit melebihi 600, sedangkan Menteri Besar hanya menyebut dua blok dengan 337 unit.

"Sekiranya projek pembangunan Datum Jelatek mempunyai kira-kira 674 unit, ini bermaksud Menteri Besar Selangor hanya merujuk kepada dua blok yang mempunyai 337 unit.

"Bagaimanakah dua blok yang lain. Adakah ia telah dijual kepada pelabur asing? Memandangkan projek keseluruhan melibatkan lebih 600 unit, ini bermaksud peruntukan yang disediakan kepada bumiputera hanyalah 25 peratus," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Abdul Khalid pada Rabu menegaskan projek pembangunan Datum Jelatek diberi keutamaan kepada pembeli Bumiputera dengan kuota tidak kurang daripada 50 peratus diperuntukkan kepada mereka.

Menteri Besar turut menolak dakwaan bahawa pemilikan hartanah di kawasan projek pembangunan mewah itu diberikan kepada rakyat asing.

Sehubungan itu, Noh berkata sekiranya projek pembangunan itu diteruskan, ini bermaksud Abdul Khalid tidak menghayati dan memahami 10 tonggak janji beliau kepada Sultan Selangor, antaranya menjaga hak orang Melayu dan kaum lain.

"Tuan tanah projek ini iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan kuota sebanyak 50 peratus pemilikan unit hartanah di kawasan itu diberikan kepada golongan Bumiputera.

"Namun, projek mega ini diberi keutamaan kepada pelabur asing dan promosi di buat di negara Singapura. Ini jelas menunjukkan Menteri Besar Selangor tidak menjaga kepentingan dan memberi keutamaan kepada bumiputera di dalam projek ini," jelas beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan