Malaysia Harap Konflik Di Mesir Dapat Diselesaikan Segera - Anifah

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Khamis melahirkan kebimbangan terhadap konflik politik terbaru di Mesir, yang menyaksikan Presiden Mohamed Morsi digulingkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Kuala Lumpur berharap Kaherah dapat menyelesaikan ketidakstabilan politik itu secara aman sekaligus membolehkan proses demoskrasi dikembalikan semula.

"Malaysia berharap semua pihak yang bertelagah di Mesir dapat menghormati undang-undang dan bertindak secara bertanggungjawab serta mengelakkan dari segala bentuk keganasan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Anifah berkata, Wisma Putra bersama-sama Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah memantau secara dekat perkembangan di Mesir untuk memastikan rakyat negara ini berada dalam keadaan selamat sepanjang masa.

Setakat ini, semua rakyat Malaysia di Mesir dilapor selamat dan mereka dinasihat supaya menjauhi kawasan konflik seperti Dataran Tahrir, Dataran Rabaa di Nasr City dan Dataran Al-Nahda berhadapan Universiti Kaherah, katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir supaya mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan serta menghadkan pergerakan mereka.

Mereka juga diingatkan untuk terus berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia yang dibuka sejak 28 Jun lalu di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan