Jawatankuasa Pilihan Khas Kaji Transformasi Parlimen Dicadang

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen pada Khamis mencadangkan sebuah jawatankuasa pilihan ditubuhkan secepat mungkin untuk mengkaji transformasi yang perlu dilakukan oleh sistem Parlimen negara ini.

R.Sivarasa (PKR-Subang) berkata, sudah tiba masanya reformasi sistem Parlimen dipertimbangkan sebagai usaha untuk memodenkan institusi perundangan negara itu.

"Cadangan ini harus ditimbang dengan serius, kita mesti tubuhkan jawatankuasa ini supaya banyak cadangan, rang undang-undang penting boleh dibincangkan secara terperinci dan terbaik.

"Kita bagi tempoh tiga hingga enam bulan untuk (jawatankuasa) buat kajian dan laporkan kembali kepada dewan. Sekarang kita tidak cukup masa, banyak masalah termasuk masalah kawasan sendiri dan dasar-dasar perlu dibincang, namun masa tak cukup," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Khamis.

Sivarasa berkata, cadangan itu juga selari dengan gesaan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar semua anggota dewan menerapkan budaya transformasi sewaktu bertugas di Dewan Rakyat untuk menjulang martabat Parlimen ke tahap lebih tinggi.

Selain bermaksud membuat perubahan sikap ke arah kebaikan, Pandikar Amin turut berharap perubahan itu disusuli pewujudan barisan kabinet bayangan (pakatan pembangkang) untuk memudahkan pengendalian perbahasan.

Menurut Sivarasa, transformasi seumpama itu telah dilakukan beberapa Parlimen lain termasuk Australia dan Kanada yang mewujudkan kamar kedua dengan tujuan memberikan masa yang lebih kepada anggota Parlimen untuk berhujah dan menjelaskan isu, sama ada dari kerajaan ataupun sebaliknya.

Beliau berkata, perubahan lain yang juga perlu dilakukan ialah mengenai sistem soalan, di mana prosedurnya disaran ditukarkan.

"Amalan kini anggota Parlimen kena kemukakan soalan dua minggu sebelum pembukaan dewan. Masalahnya kalau terdapat banyak soalan, isu-isu terkini sudah jadi basi kalau dibincangkan selepas itu.

"Di Indonesia, misalnya, jika anggota Parlimen bagi soalan pagi, petang menteri sudah boleh jawab, itu sistemnya, dan barulah Parlimen menjadi lebih efektif, ada juga Parlimen yang memberi masa," katanya.

Beliau berkata, transformasi dan perubahan yang mahu dilakukan harus dilaksanakan bersama antara anggota parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan