Jangan Salah Guna Pengecualian Visa UK – Zahid Hamidi - Berita Semasa | mStar

Jangan Salah Guna Pengecualian Visa UK – Zahid Hamidi

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Ahmad Zahid.
Dr Ahmad Zahid.

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) perlu mematuhi undang-undang negara itu dan tidak menyalahgunakan pengecualian visa enam bulan untuk warga negara-negara Komanwel, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, United Kingdom telah lama berhadapan dengan isu rakyat Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam bulan, dan mereka yang tidak mematuhi undang-undang itu tidak boleh membuat aduan sekiranya pihak berkuasa negara itu memutuskan untuk bertindak.

“Jika mereka diusir, mereka tidak mempunyai pilihan kerana kita mesti mematuhi undang-undang United Kingdom, seperti mana kita mahukan semua orang mengikut undang-undang kita di sini,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Isu rakyat Malaysia menetap lebih masa di United Kingdom dibangkitkan semula ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke negara itu, dengan pihak berkuasa Britain bercadang untuk mengeluarkan bon keselamatan terhadap warganegara dari negara-negara yang berisiko tinggi bagi menangani penyalahgunaan pengecualian visa.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan